Lelaki maut kereta terbabas langgar tunggul kayu

Kereta milik mangsa yang remuk selepas melanggar tunggul kayu di Jalan Bentong - Karak pagi tadi. FOTO - IHSAN BOMBA
Kereta milik mangsa yang remuk selepas melanggar tunggul kayu di Jalan Bentong - Karak pagi tadi. FOTO - IHSAN BOMBA
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki terbunuh selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas di Jalan Bentong - Karak di Kampung Chegar Medang pagi tadi.

Mangsa, Lai Kim Yang, 32, dari Taman Bentong Makmur meninggal dunia di dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pegawai Bomba Kanan II Haznan Basir berkata, enam anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.01 pagi.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan kira-kira jam 7 pagi. FOTO - IHSAN BOMBA
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan kira-kira jam 7 pagi. FOTO - IHSAN BOMBA

"Sebaik saja sampai tujuh minit kemudian, kita melihat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai terbabas lalu melanggar tunggul kayu.

"Kerja mengeluarkan mangsa dijalankan anggota sebelum menyerahkan mangsa kepada polis untuk siasatan selanjutnya dan operasi berakhir jam 7.50 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!