Kes berlian palsu Aishah, Datuk Vida selesai
KEMELUT antara dua personaliti, penyanyi Aishah dan usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida akhirnya menemui jalan penyelesaian.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, menyelesaikan kes itu menerusi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
Memetik laporan Mstar, peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, berkata, proses mediasi antara kedua-dua pihak berjalan dengan baik.
Kata Muhammad Izwan, kejayaan mediasi itu menjangkakan tiada perbicaraan penuh yang akan berlangsung di mahkamah.
"Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi.
"Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian. Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif," katanya.
Sementara itu, menerusi Instagramnya, Aishah menzahirkan rasa syukur di atas keputusan itu.
"Alhamdulillah settled!!!! Tunggukan sidang media mengenai kes ini nanti," ujarnya.
Penyanyi terkenal dengan laju Janji Manismu itu memberitahu, kehidupan sebagai anak seni adalah satu kehidupan yang sepi terutama dalam menongkah arus dunia seni.
"Tak ramai kawan ingin membantu apabila kita menunggak arus melawan ketidakadilan, terutama menjaga periuk nasi.
"Ini undang-undang, untuk melindungi kita semua, sapina tidak bererti terpalit, ia satu cara undang-undang untuk selesaikan sesuatu kes.
"Perjuangan dibuat untuk anak-anak seni tapi adakalanya seperti dipandang sinis. Hahaha, petang semalam mungkin dah dengar kita dah menang baru 'call' nak bertanya, konon nak beri kerjasama?? Hidup penuh lakonan. Pengalaman mengajar kita, siapa kawan siapa... " luahnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!