AADK yakin projek rintis beri impak besar

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah pada sidang media, hari ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah pada sidang media, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yakin projek rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu yang bakal dilaksanakan akan memberikan impak lebih besar berbanding tindakan diambil sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, kolaborasi agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan menerusi projek itu juga diharap akan membangunkan model baharu dengan tindakan lebih berkesan dalam menangani penyalahgunaan dadah di negara ini.

"Kita berharap dengan tindakan projek rintis ini dapat membangunkan satu model baharu untuk diangkat ke peringkat tertinggi atau kabinet, supaya ia boleh dilaksanakan di seluruh negara nanti.

"Jadi saya yakin apabila tindakan bersepadu ini diambil, kita merasakan impaknya akan lebih besar lagi berbanding dengan tindakan berasingan dibuat selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan projek rintis inisiatif bersepadu di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, projek rintis itu akan berlangsung selama enam bulan dan hasil tindakan bersepadu dilaksanakan oleh pihak terlibat akan dinilai seterusnya dilihat kemungkinan untuk diteruskan.

"Perkara utama yang kita harapkan adalah meminimakan penagih baru. Kedua, untuk kita meminimakan jumlah penagih berulang.

"Dua perkara ini kita nak tekankan melalui tindakan-tindakan yang akan diambil secara kolaborasi dengan pelbagai agensi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk permulaan, projek rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu melibatkan 12 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara yang dipilih oleh AADK di mana dua daripadanya adalah di Johor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!