Lawan Maduro berdepan 30 tahun penjara

Pengawal peribadi melindungi Maduro semasa serangan dron di Caracas tahun lalu.
Pengawal peribadi melindungi Maduro semasa serangan dron di Caracas tahun lalu.
A
A
A

CARACAS - Seorang ahli politik pembangkang Venezuela berdepan hukuman 30 tahun penjara jika disabit bersalah dalam cubaan bunuh Presiden Nicolas Maduro.

Juan Requensens ditahan beberapa jam selepas serangan dua buah dron menyasarkan Maduro semasa perarakan tentera di Caracas pada Ogos tahun lalu.

Dalam kejadian itu, Maduro terselamat namun tiga anggota tentera berada dalam keadaan kritikal dan empat lagi cedera.

Media Venezuela melaporkan, setiap dron berkenaan membawa sekilogram bahan peledak C4 yang dikatakan mampu menyebabkan kerosakan besar dalam lingkungan kawasan 50 meter.

Requensens yang ditahan sejak 7 Ogos lalu berdepan dua pertuduhan cubaan membunuh dan lima pertuduhan memiliki senjata api termasuk keganasan.

Maduro berikrar mengenakan hukuman maksimum kepada pihak yang cuba membunuhnya dan menuding jari kepada Presiden Colombia, Juan Manuel Santos dan kumpulan ultra kanan, istilah yang digunakan untuk menggambarkan pembangkang domestik, walaupun sebuah kumpulan pemberontak misteri mengaku tanggungjawab terhadap kes itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!