Kesan parut buat ibu tunggal terseksa
FILIPINA - Seorang ibu tunggal menghabiskan masa 15 tahun dengan bibir bercantum pada dadanya setelah menjadi mangsa kebakaran pada 2004.
Leonor Niusa, 43, ketika itu bekerja di bilik penyimpanan bahan petrol sebuah ladang di Kota Zamboanga, Filipina, sebelum kebakaran berlaku.
Akibat kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kini menderita apabila parut itu kekal pada wajah dan badannya hingga mengerunkan orang ramai.
Lebih malang, kesan parut itu telah menggagalkan Leanor mencari pekerjaan tetap.
Ekoran itu, dia bersama anak lelaki telah ke bandar untuk mengemis daripada orang ramai.
Kata Leonor, dia amat berharap ada pihak yang sudi membantunya menaja pembedahan parut pada wajah dan dadanya agar boleh bekerja semula serta menjana pendapatan. - Mirror
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!