Lelaki cedera tangan tersepit mesin pemerah tebu
SUNGAI BULOH - Seorang lelaki warga Pakistan cedera pada bahagian tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin pemerah tebu di Taman Sri Damansara, semalam.
Dalam kejadian jam 2.12 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa menahan sakit hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, sepasukan enam anggota diketuai Komander Operasi, Narmizi Hamzah tiba di lokasi jam 2.22 petang.
"Anggota bomba menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!