H1N1 di Myanmar ragut 21 nyawa

H1N1
H1N1
A
A
A

YANGON - Sekurang-kurangnya 21 orang maut akibat selesema babi (H1N1) sejak dua minggu lalu di Myanmar, lapor agensi berita Anadolu.

"Seramai 21 orang termasuk empat kanak-kanak maut akibat virus H1N1 sejak beberapa minggu lalu," kata pegawai Kementerian Kesihatan Phyu Phyu Aye pada Selasa.

Korban pertama dilaporkan pada 19 Jun.

Ujian yang dijalankan kepada lebih 340 pesakit di tiga wilayah - Yangon, Sagaing dan Ayeyawaddy, seramai 99 didapati positif.

"Yangon adalah kawasan paling teruk terjejas," katanya sambil menambah 18 kes dilaporkan berlaku di negeri itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!