Lelaki 'jatuh' dari langit
LONDON - Polis Britain berusaha mengenal pasti identiti seorang lelaki dipercayai maut akibat terjatuh dari pesawat Kenya Airways sebelum mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, baru-baru ini.
Memetik Daily Mail, Polis Metropolitan London berkata, pihaknya menerima panggilan, menemukan seorang mayat di halaman sebuah kediaman di Clapham dipercayai penumpang yang menyorok dalam pesawat itu.
"Pihak kami percaya lelaki tersebut terjatuh dari bahagian gear pendaratan sebuah pesawat sebelum terhempas pada ketinggian 3,575 kaki.
"Kes kematian ini dianggap mencurigakan dan ia masih dalam siasatan. Polis juga sedang mendapat gambaran penuh kejadian," katanya.
Dalam pada itu, sebuah beg, bekalan air dan makanan ditemukan dalam bahagian gear pendaratan pesawat itu selepas selamat mendarat di Heathrow.
Kata saksi, pada awalnya dia tidak memikirkan apa-apa dan sangka terdapat objek jatuh.
"Namun suami mahu melihat apa yang berlaku di halaman. Bila lihat dengan jelas, dia terkejut terdapat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring di atas tanah.
"Suami masuk ke dalam rumah dan terus panik. Dia beritahu, tidakkah anda melihat lelaki itu? Orang jatuh dari langit?
"Saya tertanya-tanya apa yang dia bercakap dan pergi melihat sendiri dan memang benar, seorang lelaki berada di atas tanah," katanya. - Daily Mail
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!