14 maut kapal selam Rusia terbakar
MOSCOW - Seramai 14 krew sebuah kapal selam Tentera Laut Rusia terbunuh dalam kebakaran di perairan negara itu pada Isnin.
Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan punca kematian 14 mangsa tersebut akibat terhidu asap kebakaran ketika kapal itu menjalankan kerja-kerja pengukuran di perairan wilayah Rusia.
Sebaik kebakaran dipadamkan kapal tersebut kemudian dibawa ke pangkalan utama Armada Utara Rusia di Severomorsk.
Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa lalu membatalkan semua program yang dijadualkan di rantau Tver, barat laut Moscow untuk membincangkan tragedi itu dengan Menteri Pertahanan,Sergei Shoigu.
Putin menyifatkan kejadian itu sebagai kerugian besar bagi Angkatan Laut Rusia dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Putin memaklumkan, tujuh kapten dan dua anggota yang pernah dianugerahkan gelaran kehormat tertinggi Rusia, Hero of the Russian Federation adalah antara mangsa yang terbunuh di atas kapal itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!