Calpis terbangkan pemenang ke Jepun
SKOP
PEMINAT minuman susu kultur terkenal, Calpis bertuah apabila terpilih memenangi hadiah percutian berbayar sempena meraikan ulang tahun ke-100 jenama itu baru-baru ini.
Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Holdings, Santharuban T Sundaram berkata, peraduan Journey to Japan yang diadakan pada 11 Mac hingga 9 April lalu itu sememangnya bermatlamat membolehkan pengguna berpeluang melawat tempat kelahiran Calpis.
“Oleh kerana Calpis merupakan susu pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia, kami ingin memastikan peminat kami menikmati ganjaran yang besar dengan sambutan ulang tahun ke-100 jenama ini,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.
Hadiah utama Journey to Japan berjaya dirangkul Maria Harun yang memenangi perjalanan selama tujuh hari, lima malam ke Tokyo dan Gunung Fuji bernilai RM20,000.
“Saya merupakan peminat tegar minuman Calpis sejak bertahun-tahun lamanya dan selalu menyertai pertandingan yang dianjurkan.
“Saya rasa sangat teruja apabila melihat nama saya sebagai pemenang dalam laman Fanpage Calpis. Negara Jepun merupakan antara destinasi yang telah menjadi impian saya untuk lawati.
“Saya seperti tidak percaya yang saya berpeluang ke negara itu. Terima kasih banyak kepada pihak Calpis,” kata Maria dengan nada penuh ceria.
Sementara itu, pemenang tempat pertama dimenangi Tan Hui Yong yang turut bertuah apabila dapat terbang ke Tokyo selama seminggu bernilai RM15,000. Hui Yong berkata, sebaik pertandingan Journey to Japan diumumkan, beliau terus mencuba nasib.
“Sudah tentu saya mengharapkan untuk menang tetapi tak letak harapan yang tinggi,” katanya.
Tempat tempat kedua pula disandang oleh seorang lagi peminat Calpis, Mat Hussin.
Mat Hussin memenangi perjalanan selama tiga hari ke Tokyo. Beliau dikatakan merancang untuk membawa isterinya untuk berbulan madu sekali lagi di negara yang indah itu.
Hadiah buat semua pemenang sudahpun dituntut.
Sebelum ini, peserta yang menyertai pertandingan Journey to Japan hanya perlu membeli dua botol Calpis atau Calpis Fiber PET 350ml atau PET 1L variasi pelbagai dalam satu resit.
Pemenang telah mengisi borang penyertaan dan menghantar resit kepada nombor yang disediakan melalui WhatsApp berserta nama dan kad pengenalan.
Layari laman Facebook Calpis Malaysia atau https://www.etikaholdings.com/brands/calpis untuk maklumat lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!