Dua remaja jual rokok, arak direman

Dua remaja diiringi anggota Kastam Diraja Malaysia bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
Dua remaja diiringi anggota Kastam Diraja Malaysia bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua remaja berusia 18 dan 19 tahun direman 12 hari bagi membantu siasatan berhubung penjualan rokok dan arak yang masih belum didaftarkan kastam.

Permohonan reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani Mohammad Alif Abd Aziz, bermula hari ini.

Kedua-duanya ditahan selepas diserbu sepasukan anggota penguat kuasa kastam kerana dipercayai menjual rokok dan arak yang disyaki masih belum lulus kastam.

Dalam serbuan dijalankan dekat Taman Kelisa Ria jam kira-kira 10.30 pagi semalam itu, sejumlah rokok bernilai RM162.52 dan arak bernilai RM138.11 telah dirampas.

Keseluruhan rampasan rokok membabitkan nilai cukai sebanyak RM740.34 dan cukai arak bernilai RM804.98.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum bawah akta yang sama.

Hukuman denda minimum RM100,000 hingga maksimum RM500,000 atau penjara minimum enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!