Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
PENYANYI Datuk Jamal Abdillah telah kehilangan adik lelakinya, Ahmad Tihami atau Hamka, 48, yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Menurut Jamal sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar, arwah adiknya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan, namun keadaannya agak kritikal dan mengehembuskan nafas terakhir di sana.
Allahyarham yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik, meninggalkan seorang balu dan empat anak. Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kulim, Kedah pada pagi Ini.
Dalam pada itu, Jamal memohon kepada para peminatnya agar mendoakan yang terbaik buat arwah adiknya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!