Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 bermula

Turut berangkat ke mesyuarat itu Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri-negeri.FOTO IHSAN FB SELANGOR ROYAL OFFICE
Turut berangkat ke mesyuarat itu Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri-negeri.FOTO IHSAN FB SELANGOR ROYAL OFFICE
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 di Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, baginda berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dibarisi tiga pegawai dan 103 tentera terdiri daripada pelbagai pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sultan Selangor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254. FOTO IHSAN FB SELANGOR ROYAL OFFICE
Sultan Selangor mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254. FOTO IHSAN FB SELANGOR ROYAL OFFICE

Turut berangkat ke mesyuarat yang bermula kira-kira jam 11 pagi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri-negeri.

Mesyuarat itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini selepas mesyuarat pre-council diadakan semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!