PGA Batalion 7 patahkan 39 kes seludup lebih RM1 juta

Azhari (kiri) menunjukkan beras siam yang berjaya dirampas.
Azhari (kiri) menunjukkan beras siam yang berjaya dirampas.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan 39 kes berkaitan aktiviti penyeludupan membabitkan nilai tangkapan berjumlah lebih RM1 juta dalam penugasan Op Wawasan bermula dari Pengkalan Kubor (Tumpat) hingga ke Rantau Panjang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang penugasan selama 22 hari sejak 12 Jun lalu itu, pasukannya berjaya merampas 14 buah kenderaan yang digunakan untuk kegiatan haram tersebut.

"Bukan itu sahaja, kita berjaya menahan 16 orang pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar. Kejayaan ini meningkatkan lagi moral anggota PGA Batalion 7 Kuantan untuk terus membanteras aktiviti penyeludupan terutamanya senjata api, dadah dan PATI," katanya.

Menurutnya, terbaharu, pasukan itu mematahkan cubaan menyeludup 6.62 tan metrik beras siam selepas berjaya menahan sebuah lori berhampiran Banggol Kulim, dekat sini pada jam 9 malam tadi.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil risikan dan pemantauan oleh anggotanya selepas melihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan menghala ke Taman Wahyu.

"Sejurus menyedari kegiatan haram mereka itu 'dihidu' anggota PGA Batalion 7 Kuantan, pemandu lori berkenaan telah bertindak memberhentikan lori di tepi jalan dan melarikan diri ke dalam semak berdekatan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan di bahagian belakang lori, anggota menjumpai timbunan beras pelbagai jenama seberat 6.62 tan bersama 750 kg beras pulut," katanya.

Azhari berkata, siasatan awal mendapati bekalan beras Siam itu diperolehi dari pangkalan haram Kedap dan Lubuk Gong, di sini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beras tersebut dipercayai untuk pasaran luar Kelantan.

Azhari berkata, perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 (522) dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 dan barangan dirampas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!