Ini pembohongan serius: Bee Yin

Bee Yin pada sidang media hari ini.
Bee Yin pada sidang media hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menyifatkan serangan peribadi ke atas dirinya berhubung insiden di Pasir Gudang sebagai pembohongan serius.

Menurutnya, serangan pihak tertentu terhadap tindakan kerajaan dalam menangani kejadian tersebut juga merupakan sesuatu yang tidak konstruktif kepada cabaran dihadapi pada masa ini.

"Bagaimana seorang menteri boleh kawal semua pegawai apabila mendapatkan bacaan siang dan malam. Dan kita ada pasukan penguatkuasaan pergi tengok satu kilang demi satu kilang.

"Kalau ada kesalahan terus ambil tindakan. Macam mana saya boleh mengawal mereka. Ini adalah penghinaan kepada profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sudah memulakan tindakan perundangan ke atas pihak yang melakukan serangan peribadi ke atas dirinya.

Selain menyifatkan pihak terbabit sebagai tidak bermaruah, Bee Yin berkata, mereka yang berbuat sedemikian tidak sepatutnya mempunyai tempat di dalam politik di negara ini.

Beliau juga menegaskan akan mengambil tindakan tegas dan memastikan pihak terbabit berdepan saman di mahkamah.

"Saya akan saman mereka di mahkamah. Tetapi untuk masa sekarang, yang paling utama bagi saya adalah anak-anak dan komuniti di Pasir Gudang selamat. Ini paling penting untuk saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!