Sarang penagih dadah digempur polis

Kesemua lelaki yang dipercayai penagih dadah itu berusia 28 hingga 56 tahun.
Kesemua lelaki yang dipercayai penagih dadah itu berusia 28 hingga 56 tahun.
A
A
A

HULU SELANGOR - Lapan lelaki dipercayai penagih dadah ditahan dalam Op Sarang dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di kawasan tanaman kelapa sawit di Kampung Tok Pinang, hari ini.

Ujian air kencing mendapati lelaki berusia 28 hingga 56 tahun itu positif dadah jenis MOP dan methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, pemeriksaan dilakukan turut menemukan paket plastik berisi dadah jenis heroin berjumlah seberat 7.78 gram.

Menurutnya, operasi bermula jam 5 pagi hingga 4 petang itu membabitkan 18 anggota termasuk seorang pegawai.

"Tiga daripada tangkapan merupakan individu dikehendaki polis bersabit laporan polis di bawah Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing pada 2014, 2017 dan 2018," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!