200 mayat ditemukan dalam kubur besar di Syria

Petugas mengeluarkan rangka yang ditemukan dalam sebuah kubur besar di Syria.
Petugas mengeluarkan rangka yang ditemukan dalam sebuah kubur besar di Syria.
A
A
A

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 200 mayat, termasuk mangsa pembunuh kumpulan militan Daesh ditemukan dalam sebuah kubur besar berhampiran bandar Raqa di Syria, kata pegawai tempatan hari ini.

Kubur besar tersebut mengandungi mayat lima lelaki dewasa yang memakai pakaian berwarna oren, biasanya dipakai oleh tebusan Daesh, kata Yasser al-Khamees.

"Mereka dirantai dan ditembak di kepala," kata al-Khamees yang mengetuai pasukan responden pertama.

Katanya lagi, kesemua mangsa dibunuh lebih daripada dua tahun lalu, sambil menambah pasukannya masih belum dapat memastikan identiti mereka.

Kubur besar tersebut turut mengandungi tiga mayat wanita yang dipercayai direjam dengan batu sehingga mati.

"Tengkorak mereka retak teruk dan menunjukkan tanda-tanda direjam dengan batu," katanya.

Kubur besar tersebut ditemukan pada awal bulan lalu.

Daesh menguasai Raqa pada awal 2014 dan menjadikan bandar itu sebagai kubu kuatnya.

Artikel Berkaitan:

Tentera pakatan yang dibantu Amerika Syarikat menggempur bandar tersebut pada 2017 memaksa militan melarikan diri dan ia kemudian ditadbir Jawatankuasa Awam Raqa (RCC).

Sejak itu, RCC menemukan berpuluh kubur besar termasuk sebuah kubur di kawasan kejiranan dikenali sebagai Panorama yang menyimpan 900 mayat mangsa kekejaman Daesh atau rejim Bashar al-Assad. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!