Pengundi 18 tahun: Parti USNO sambut baik
KOTA KINABALU - Parti USNO menyambut baik usul menurunkan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun yang dijadual dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat esok.
Ketua Penerangan USNO Musli Oli berkata usul itu merupakan berita baik kepada kira-kira 1.5 juta belia berumur antara 18 hingga 20 tahun yang mewakili 10 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di Malaysia.
Beliau berpendapat usul itu merupakan anjakan paradigme positif kepada landskap pengundi dalam PRU-15, dan perlu mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Jika had umur diturunkan kepada 18 tahun, jumlah layak mengundi akan meningkat," katanya.
Musli dalam satu kenyataan berkata, penurunan had umur itu meletakkan Malaysia setara dengan negara-negara demokarasi maju. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!