SAR lelaki lemas di sambung hari ini
TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kuala Kaung di sini di sambung hari ini.
Operasi bermula jam 8 pagi itu turut disertai lima anggota dari Pasukan Penyelamatan Di Air(PPDA) Zon Temerloh dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab dan tiga anggota polis.
Pegawai Operasi,Pegawai Bomba Kanan II,Khairuddin Mat Said berkata,buat masa ini pencarian dilakukan di permukaan sebelum penyelaman dijalankan.
Semalam seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu kira-kira jam 3.49 petang ketika mencari ikan.
Seorang saksi ternampak mangsa selepas mendengar jeritannya sebelum hanyut dan tenggelam.
Buat masa ini,identiti mangsa masih belum dikenalpasti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!