Cedera akibat terjatuh ketika bantu padam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI PETANI - Niat murni ingin membantu akhirnya mengundang padah kepada seorang lelaki warga emas apabila dia cedera ketika cuba memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Inang, Taman Ria Jaya di sini, hari ini.

Lelaki berusia 80 tahun itu cedera di bahagian kepala dan lengan akibat terjatuh dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim menaiki ambulans EMRS.

No Image Caption

“Bomba ke lokasi selepas terima panggilan berhubung kebakaran membabitkan sebuah rumah teres tidak berpenghuni pada jam 2.29 petang dan sebaik sahaja tiba didapati rumah itu terbakar 75 peratus.

"Bagimanapun, dalam kejadian itu terdapat seorang mangsa yang didapati cuba memadamkan kebakaran berkenaan cedera akibat terjatuh dan dia dihantar ke hospital," katanya.

Menurutnya, api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuh oleh sepasukan aggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Aman Jaya serta Bomba Sukarela Sungai Petani.

"Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan forensic bomba," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!