Warga emas maut dilanggar motosikal
HULU SELANGOR - Seorang warga emas maut dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di KM1 Jalan Sungai Buaya - Sungai Choh pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa, Jalimah Tarmizi, 72, yang beralamat di Bandar Sungai Buaya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa melintas jalan menuju ke sebuah perhentian bas di laluan berkenaan.
Menurutnya, sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 26 tahun dari arah Bandar Sungai Buaya ke Sungai Choh terlanggar mangsa di lokasi kejadian.
"Mangsa pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal cedera di bahagian kaki," katanya.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!