Belanda, Amerika Syarikat mara ke perlawanan akhir
ANKARA - Belanda menewaskan Sweden 1-0 dalam masa tambahan pada lewat Rabu di Stade de Lyon, Perancis untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2019, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan selepas perlawanan masa sebenar berakhir tanpa sebarang jaringan.
Pemain tengah Manchester United, Jackie Groenen, berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-99 dan memperoleh kemenangan bersejarah buat Belanda, yang pertama kali melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita.
Belanda akan beraksi menentang Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Lyon pada 7 Julai.
Sweden akan menentang England dalam penentuan tempat ketiga.
Perlawanan itu akan berlangsung di Nice pada 6 Julai. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!