JKM cari waris bayi perempuan
ALOR GAJAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah meminta orang ramai membantu dan mengesan ibu kandung atau dua waris bayi perempuan yang ditinggalkan di Wad Nurseri Hospital Melaka.
Penolong Pegawai, Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, JS William Raj berkata, bayi bernama Juliana May dan dilahirkan April lalu merupakan warganegara Myanmar ditinggalkan ibu kandungnya bernama May Zin Oo sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, Zin Oo yang turut mempunyai pasport Myanmar sempat membuat surat beranak anaknya yang berstatus bukan warganegara dan sehingga sekarang tidak dapat dikesan.
"Berdasarkan rujukan daripada Hospital Melaka ketika itu, ibu kandungnya berasal dari Myanmar dan beralamat di Mukim Sungai Petai Alor Gajah
"Ibu kandung atau waris bayi berkenaan diminta menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah atau Pelindung Kanak-kanak di talian 06-5561267," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!