Demonstrasi di luar Parlimen bantah isu video intim
KUALA LUMPUR – Lebih 20 orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) belia Selangor mengadakan protes jalanan membantah isu video intim yang tular baru-baru ini.
Jurucakap NGO tersebut, Amin Syazmin berkata, perbuatan individu-individu dalam video terbabit amat memalukan.
"Demonstrasi ini bagi menuntut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan ke atas pihak terlibat.
"Kami hanya datang beritahu Ahli Parlimen bahawa kami tolak hubungan intim lelaki dengan lelaki," katanya di luar bangunan Parlimen hari ini.
Demonstrasi itu diadakan bermula jam 10 pagi sehingga tengah hari.
Sementara itu, jurucakap NGO belia dari Wangsa Maju yang hanya ingin dikenali sebagai Ali berkata, mereka menggesa kerajaan merehatkan pemimpin yang didakwa buat sementara waktu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!