Anak tiri Najib ditahan SPRM, akan didakwa esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan penangkapan tersebut dilakukan pada jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, Riza Aziz bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin dan diarahkan untuk hadir ke mahkamah esok untuk berdepan dengan satu pendakwaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

“Hanya Riza Aziz ditahan dan sudah dibebaskan dengan ikat jamin.

“Beliau dikehendaki hadir ke mahkamah esok untuk pertuduhan,” kata Latheefa kepada Sinar Harian tadi.

Dalam pada itu, sebuah portal mendakwa seorang perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah juga dijangka berdepan dengan dakwaan dana RM2.5 juta yang diterima daripada Najib untuk risikan politik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!