Intan Ladyana simpan rahsia

Intan Ladyana
Intan Ladyana
A
A
A
"ADA atau tiada... saya tak nak komen apa-apa," ujarnya tersenyum apabila diajukan soalan mengenai status solo ataupun sudah berpunya.

Menurut Intan, 37, biarlah dia seorang diri sahaja yang mengetahui hal itu dan apabila tiba masanya dia akan berkongsi.

"Saya akan rahsiakan hal ini sampailah masa yang sesuai nanti untuk dikongsikan kepada orang ramai. Namun, buat masa ini memang tak ada apa-apa yang perlu saya katakan.

"Sedari dulu lagi saya memang kurang gemar sikit nak kongsi hal peribadi ini. Bagi saya, cerita peribadi hanya untuk saya," jelasnya.

No Image Caption



Intan ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengenai perkembangan lakonan, Intan bakal muncul dengan telefilem Antara Dua Deru.

Dalam pada itu, aktres cantik itu turut memberitahu dia kini lebih selektif untuk membawa watak yang belum pernah dilakonkan.

"Walaupun jarang muncul di TV tapi saya masih lagi baktif berlakon. Malah, sebelum bulan puasa lalu pun saya ada menjalani penggambaran untuk telefilem Antara Dua Deru," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!