Skuad Badar: Kumpulan tidak berdaftar JPPM dikira pertubuhan haram

Mazlan ditemui selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Mazlan ditemui selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah dikira pertubuhan haram dan tindakan yang sewajarnya akan dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, perkara ini merujuk kepada kenyataan media oleh Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad bahawa kumpulan tersebut bakal diaktifkan semula dan kegiatan mereka diperluaskan di seluruh negara sebagai usaha membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam.

“PDRM ingin menasihati kumpulan tersebut agar tidak bertindak dalam apa jua cara yang bertentangan dengan undang-undang.

“Ini kerana mereka bukan badan penguat kuasa agama yang sah dan tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, portal berita melaporkan kumpulan Skuad Badar bakal membuat kemunculan semula bagi membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam yang disifatkan semakin membimbangkan di negara ini.

Menurut Azhar, pihaknya kini dalam persiapan dalam pelbagai aspek khususnya bagi mendaftarkan pertubuhan tersebut kepada JPPM serta akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan jabatan-jabatan agama negeri.

Azhar ditahan pihak berkuasa pada Januari lalu sekali gus menyebabkan aktiviti kumpulan itu terhenti.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi Skuad Badar dihentikan sementara

Artikel Berkaitan:

Pada Februari lalu, Azhar bersama enam ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan menjadi anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Azhar, 46, yang juga pesara tentera, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan didakwa menjadi anggota Skuad Badar, iaitu sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!