Kes keldai wang kian meruncing

A
A
A

KES keldai wang kian meningkat di seluruh dunia. Minggu lalu, BBC News melaporkan Agensi Perkhidmatan Pencegahan Penipuan Britain (CIFAS), sebuah peneraju anti-penipuan, mendedahkan lebih 40,000 warga pertengahan usia terlibat dalam kegiatan keldai wang.

Istilah keldai wang merujuk kepada Cambridge Dictionary membawa maksud mule sebagai ‘an animal whose mother is a horse and whose father is a donkey used especially for transporting goods’ atau haiwan yang ibunya kuda dan bapanya keldai digunakan pengangkut terutama untuk mengangkut barang-barang tuannya. Dengan erti kata yang lain, seseorang bersetuju diberi upah daripada pengedar dadah untuk membawa benda haram dari sebuah negara ke negara lain.

Pada minggu sama, The Whashington Post, Krebs on Security, The Verge, USA Today, Daily Mail, Cnet, CBS News dan beberapa organisasi berita utama dunia melaporkan berita tentang‘Crooks are Hiring Job Seekers and Turning them into Money Mules’ yang menjadikan pencari kerja sebagai keldai wang.

Penulis mendapati banyak perkara pelik boleh berlaku kepada seseorang yang terlalu terdesak mencari kerja atau mendapatkan wang lebih. Sebagai jalan keluar, mereka sanggup dijadikan keldai wang sehingga terperangkap dalam skim penipuan atas talian kerana tertipu dengan janji manis penyangak profesional.

BBC News melaporkan keldai wang ialah orang yang terlibat dalam urusan pemindahan wang untuk orang lain secara haram dan menyalahi undang-undang. Semua urusan itu melibatkan teknologi kejuruteraan komputer yang sangat canggih dan sukar dikesan.

Mereka merompak wang orang lain secara tipu muslihat. Penulis rasa terpempan apabila CIFAS melaporkan peningkatan mendadak tersebut melebihi 26 peratus daripada angka 2018. Mereka yang terlibat sebagai keldai wang rata-rata berusia antara 35 dan 61 tahun.

ALLAH SWT sebenarnya telah mengingatkan manusia melalui cerita Luqman al-Hakim yang menasihatkan anaknya dan kesan orang bersikap sombong sebagaimana Surah Luqman [31:18-21] bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai; Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya ALLAH telah menundukkan untuk (kepentingan) mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untuk mu nikmat-Nya lahir dan batin.

Artikel Berkaitan:

"Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) ALLAH tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan; Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Ikutilah apa yang diturunkan ALLAH.' Mereka menjawab: '(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya.' Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam seksa api yang menyala-nyala (neraka)?'Keldai ialah haiwan yang baghal (bodoh) tetapi taat dan patuh arahan tuannya. Ia juga mempunyai suara julat decibel (dB) tinggi secara fizikal mampu menyakitkan telinga orang yang mendengarnya.

Beginilah juga keadaannya orang yang terjebak dalam kegiatan keldai wang. Mereka menerima arahan dan bertindak tanpa usul periksa lagi.

ALLAH juga secara sinis menyatakan sikap manusia yang membuat sesuatu pekerjaan tanpa usul periksa ibarat Yahudi yang sentiasa mengingkari tuntutan Kitab Taurat, selain mengumpamakan mereka seperti keldai yang bodoh memikul kitab-kitab dan tidak mengetahui kandungannya.

Difahamkan, sejumlah 189,108 kes direkod sebagai penipuan keldai wang, daripada jumlah tersebut, 82,608 melibatkan kad kredit. Apa yang sangat membimbangkan ialah jumlah keldai wang sangat meruncing dalam kalangan mereka yang berusia atas 60 tahun.

Penulis percaya kegiatan itu akan merebak di rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan Indonesia. Penulis berharap pihak berkuasa segera membendung kegiatan ini sebelum terlewat.

Sebagai jalan keluar, mereka sanggup dijadikan keldai wang sehingga terperangkap dalam skim penipuan atas talian kerana tertipu dengan janji manis penyangak profesional. "

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!