Gempa bumi kuat gegar California Selatan

Keadaan sebuah pasar raya selepas gempa bumi melanda California Selatan semalam.
Keadaan sebuah pasar raya selepas gempa bumi melanda California Selatan semalam.
A
A
A

LOS ANGELES - California Selatan di Amerika Syarikat dilanda gempa bumi terbesar dalam tempoh dua dekad semalam, tetapi gegaran 6.4 magnitud itu hanya mendatangkan kecederaan kecil kepada beberapa individu.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku 182 kilometer di timur laut Los Angeles, berhampiran bandar Ridgecrest kira-kira jam 1.30 petang (waktu tempatan) di hujung kawasan Taman Negara Lembah Maut.

Gempa berkenaan adalah yang terbesar di Selatan California sejak gempa berukuran 6.6 melanda Northridge pada tahun 1994. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!