Revolusi kereta terbang
REVOLUSI teknologi pembuatan kereta negara pastinya tiba di kemuncaknya dengan pengenalan kereta terbang, Vector yang diinovasikan syarikat tempatan, Aerodyne.
Prototaip pertama yang diperkenalkan kerajaan ini kini mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dikatakan akan diperlihatkan model sebenar seawal Oktober ini.
Pengumuman itu dibuat Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menjawab soalan di Parlimen, baru-baru ini.
Menurutnya, pembangunan kereta terbang pertama negara adalah diusahakan syarikat swasta tanpa penglibatan dana kerajaan.
Turut diumumkan, kerajaan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara.
“Terutama dari segi merumuskan dasar, peraturan dan sokongan industri tempatan untuk memenuhi keperluan dalam membangunkan industri.
Peraturan perlu diwujudkan bagi mengenalpasti ruang udara yang boleh digunakan kereta terbang dan dron pada masa depan,” katanya yang dipetik dalam Bernama.
Pastinya, model ini akan dinanti ramai lebih-lebih pengguna jalan raya yang sering berdepan tekanan akibat kesesakan jalan raya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!