Masalah mata kering sering dihidapi wanita
MATA pedih sekali gus merembeskan air yang banyak sebenarnya merupakan petanda awal masalah kekeringan mata.
Ia boleh terjadi apabila mata gagal mengawal air mata yang cukup. Acap kali masalah itu dialami oleh individu yang berusia 40 tahun ke atas khususnya wanita.
Simptom awal mata kekeringan:
- Rasa pedih atau panas.
- Terasa seperti berpasir atau seolah-olah ada sesuatu dalam mata.
- Air mata merembes berlebihan dalam tempoh berterusan.
- sakit dan mata kemerahan.
- Penglihatan kabur.
- Kelopak mata terasa berat.
- Gatal
- Banyak mengeluarkan tahi mata.
Mata kering boleh dikaitkan dengan:
- Radang permukaan mata, kelenjar lacrimal atau konjunktiva.
- Mana-mana proses penyakit yang mengubah komponen air mata.
- Peningkatan dalam permukaan mata seperti dalam penyakit tiroid apabila mata menonjol ke hadapan.
- Penyakit kulit pada atau sekitar kelopak mata.
- Pembedahan kosmetik, jika kelopak mata dibuka terlalu meluas.
Rawatan
1. Dari segi rawatan ia bergantung pada punca-punca mata kering. Biasanya doktor akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melegakan gejala ini.
2. Individu yang bermasalah akan diberikan air mata palsu berbentuk ubat titis. Ia boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk kepekatan. Ada yang begitu likat dan ada yang amat cair. Ia akan diberikan kepada pesakit berdasarkan keperluannya.
3. Air mata palsu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti jeli. Biasanya ia diberikan secara kombinasi. Pesakit juga akan sentiasa bergantung dengan ubat. Pembedahan boleh dilakukan seandainya tahap kekeringan mata kritikal.
4. Selain itu, memakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai berhampiran dengan muka atau yang mempunyai perisai sisi, boleh membantu memperlahankan penyejatan air mata daripada permukaan mata.
5. Elakkan keadaan kering bagi membolehkan mata anda berehat apabila melakukan aktiviti yang memerlukan anda menggunakan mata untuk jangka masa yang lama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!