Status underdog beri Peru kelebihan

Peru idam cipta satu lagi kejutan ketika menentang Brazail dalam perlawanan akhir awal nanti.
Peru idam cipta satu lagi kejutan ketika menentang Brazail dalam perlawanan akhir awal nanti.
A
A
A

PERU tidak kisah dengan status underdog yang dilabelkan sesetengah pihak kepada pasukan itu menjelang perlawanan akhir Copa America menentang tuan rumah, Brazil, awal pagi Isnin.

Pemain tengah Peru, Yoshimar Yotun berkata, label underdog itu hanya akan menjadikan pasukannya lebih kuat sekali gus bersemangat membuktikan keupayaan dalam perlawanan akhir tersebut.

"Kami tidak kisah dengan apa jua label yang diberikan kepada kami. Kami juga sudah biasa tidak dilabel sebagai pasukan pilihan dan ia sebenarnya membuatkan kami lebih kuat dan bermain tanpa tekanan.

"Berbeza dengan Brazil yang bermain di tempat sendiri dan sudah tentu memikul beban berat untuk menang di hadapan penyokong sendiri.

"Saya rasa faktor itu akan memberikan kelebihan kepada kami mencipta kejutan lagi selepas berjaya tumpaskan Chile baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Yotun juga percaya pasukannya sudah boleh membaca taktikal Brazil terutama selepas dibelasah pasukan Samba itu dalam saingan peringkat kumpulan baru-baru ini.

"Kekalahan kepada Brazil di peringkat kumpulan cukup berat tetapi perlawanan ini cukup berbeza. Ini adalah final dan kami perlu menang perlawanan ini.

"Bukan rahsia bahawa kami perlu bekerja keras dan juga mengkaji corak permainan Brazil. Kami akan bersedia untuk menentang mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kata pemain berusia 29 tahun itu, dia yakin Brazil mempunyai kelebihan di bahagian serangan yang diterajui Roberto Firmino dan Gabriel Jesus dan sedar Los Incas perlu melakukan apa yang terdaya menyekat kedua-dua pemain itu.

"Bagi saya Brazil cukup sempurna di semua bahagian, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk menyekat Firmino dan juga Jesus. Jangan beri peluang kedua-dua pemain itu bergerak bebas dalam kotak penalti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!