Riza lepas dengan jaminan RM1 juta
KUALA LUMPUR - Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Aziz yang mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram selesai membayar jaminan sebanyak RM1 juta.
Riza dijamin dua rakannya Azizan Othman dan pegawai Datuk Seri Najib Razak, Zeifry Ibrahim.
Riza ditemani dua adik tirinya, Nooryana Najib dan Ashman Najib meninggalkan Kompleks Mahmakah Kuala Lumpur pada jam 11.20 pagi.
Selain jaminan RM1 juta, Riza turut diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Jaminan dibayar jam 9.55 pagi di kaunter bayaran jamin di Pejabat Pendaftar Jenayah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Usaha media untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.
Sebutan semula kes pada 9 Ogos ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!