Kepimpinan PKR perlu buat perubahan di Sarawak

Perwakilan Sarawak
Perwakilan Sarawak
A
A
A
SHAH ALAM - Perwakilan Sarawak, Iana Akam berharap agar PKR dan PH dapat melakukan perubahan di negeri berkenaan bagi membela nasib rakyat yang dianayai oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Menurut beliau, sejak hampir 60 tahun lalu, kebanyak hasil di Sarawak telah dibawa ke semenanjung dan tindakan itu sekali gus telah menafikan hak rakyat di negeri tersebut.

"Kami generasi baharu tidak akan gadaikan harta dimiliki di negeri ini kepada perasuah.

"Tak banyak yang dikembalikan kepada kami di Sarawak. Dan harapan saya adalah agar PKR dapat melakukan perubahan selepas ini,”katanya ketika menyampai perbahasan sewaktu Kongres Nasional PKR ke-13 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. Dalam pada itu, Iana turut mengingatkan setiap perwakilan dan pimpinan yang hadir agar dapat bersiap-sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berkangsung dalam masa dua tahun lagi.

Beliau berkata, pimpinan dan ahli parti perlu bersama-sama turun padang bagi membantu jentera di setiap pelusuk kawasan dalam memastikan kemenangan PH.
Artikel Berkaitan:


"Agenda reformasi mesti terus subur bagi menghapuskan rasuah dan sebarang bentuk penipuan.

"Agenda PH serta PKR amat jelas. Dan kami di Sarawak ingin kerajaan mengembalikan hak kami bersandarkan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!