'Dulu bandar dalam taman, sekarang bandar dalam kilang'

Kawasan kilang yang terletak berhampiran Taman Tanjung Puteri Resort. (Gambar kecil: Mohd Zawawi Prang)
Kawasan kilang yang terletak berhampiran Taman Tanjung Puteri Resort. (Gambar kecil: Mohd Zawawi Prang)
A
A
A

PASIR GUDANG - Penduduk di Pasir Gudang akui dijanjikan oleh pemaju sebuah perumahan dalam taman ketika membeli rumah kira-kira 10 hingga 20 tahun lalu.

Penduduk Taman Tanjung Puteri Resort, Mohd Zawawi Prang, 37, berkata, semakin lama kilang dibina semakin hampir dengan kawasan perumahan didiaminya.

"Saya tinggal di sini sudah lebih 10 tahun, awal-awal dulu memang ada rasa nyaman banding sekarang. Jarak kilang semakin lama semakin dekat dengan rumah sekarang ini.

"Sebelum beli rumah ini saya tanya pemaju, mereka cakap Pasir Gudang ini bandar dalam taman. Saya pun pelik juga sebab nampaknya bandar dalam kilang bukan taman," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, dia ada terfikir untuk berpindah keluar dari Pasir Gudang demi keselamatan keluarga berikutan perumahan terletak sekitar kawasan kilang.

Memang rasa nak pindah tapi belum sampai tahap kritikal lagi. Kalau sudah kritikal, saya akan cuba cari tempat lain. Bimbang ada cacat cela, masalah kesihatan kesan jangka panjang pada anak-anak yang masih kecil.

"Anak-anak selalu demam, saya pun pelik juga macam-macam klinik pergi tapi tak sihat juga baik swasta mahupun kerajaan. Saya sekeluarga cuba bertahan sehingga kedua-dua saya selesai Ujian Penilaian Sekolah Rendah," katanya.

Mohd Zawawi berkata, dia sekeluarga memutuskan untuk kembali ke kampung halaman di Kedah atau kampung isterinya di Kota Tinggi jika mahu berhjirah kelak.

Artikel Berkaitan:

Kilang yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan. (Gambar kecil: Nordin Talib)
Kilang yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan. (Gambar kecil: Nordin Talib)

Sementara itu, penduduk di Taman Kota Masai, Nordin Talib, 50, berkata keadaan kesihatan anak-anak sangat merisaukannya.

Malah dia sendiri menyifatkan kawasan Pasir Gudang tidak sesuai untuk penempatan dengan dikelilingi kilang kimia yang berbahaya.

"Sepatutnya orang Pasir Gudang ini telah dipindahkan jauh dari kawasan industri yang macam-macam. Masa saya beli rumah 20 tahun lepas, pemaju kata kawasan Kota Masai ini selamat, kawasan industri ringan.

"Tapi nampaknya sekarang dah lain, bukan industri ringan sahaja, industri bahaya pun ada," katanya.

Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak dapat memindahkan penduduk, segala kilang kimia berbahaya perlu ditutup bagi menjamin keselamatan penduduk.

"Sepatutnya penduduk di Pasir Gudang telah dipindahkan jauh dari sini. Kilang kimia ini kena tutuplah kalau tak nak pindahkan kami.

"Sekarang kilang beroperasi tanpa pemantauan, mereka buang sisa merata-rata tanpa kawalan, sungai jadi mangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!