AirAsia boleh sambung semula penerbangan di LTAM esok

Operasi peralatan sistem navigasi di menara kawalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang rosak berjaya dipulihkan dengan menggunakan peralatan janakuasa sementara dan kini berjalan lancar.
Operasi peralatan sistem navigasi di menara kawalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang rosak berjaya dipulihkan dengan menggunakan peralatan janakuasa sementara dan kini berjalan lancar.
A
A
A

MELAKA - Operasi peralatan sistem navigasi di menara kawalan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang rosak berjaya dipulihkan dengan menggunakan peralatan janakuasa sementara dan kini berjalan lancar.

Perkembangan tersebut dinyatakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Sofi Wahab dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurutnya, prosedur penerbangan juga telah diluluskan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan AirAsia dijangka menyambung semula penerbangan dari Melaka ke Pulau Pinang, mulai esok.

"Operasi peralatan yang rosak telah berjaya dibaik pulih dengan menggunakan 'genset' sementara, oleh itu prosedur penerbangan telah pun diluluskan dan AirAsia akan kembali beroperasi seperti biasa mulai esok.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada CAAM dan pihak subkontraktor yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini.

"Diharapkan masalah sebegini tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Prosedur dan amalan penyelenggaraan mesti disemak semula serta penambah baikan mesti dilakukan," katanya.

Sinar Harian 3 Jun lalu, melaporkan seramai 132 penumpang pesawat AirAsia yang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang terkandas berikutan masalah sistem navigasi di LTAM, di sini.

Masalah teknikal tersebut menyebabkan pesawat AK6285 yang sepatutnya berlepas dari lapangan terbang berkenaan pada jam 2.50 petang itu terpaksa dibatalkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!