Penstrukturan semula hak penyiaran beri manfaat kelab kecil

MFL-Logo
MFL-Logo
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi jaminan bahawa kelab kecil akan turut menerima manfaat menerusi struktur baharu hak penyiaran yang berkuat kuasa musim hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, kelab-kelab kecil yang tidak memiliki kelompok penyokong besar, tidak akan ketinggalan jauh dari segi pendapatan dengan pasukan berstatus gergasi tanah air.

“Tidak ada. Misalnya satu kelab yang besar itu mungkin mendapat sebahagian daripada sumbangan penyokong mereka yang menyumbang terus kepada kelab manakala sebahagian lagi sumbangan akan dikongsikan kepada semua pasukan (yang bertanding di Liga Malaysia).

“Jadi jika kelab-kelab besar lebih berjaya, kelab kecil juga akan mendapat imbuhannya. Itu adalah kebaikan ‘centralize marketing’ program yang MFL lakukan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan MFL, hari ini.

Pada masa sama, Kevin percaya pendekatan baharu ini bukan sahaja memberi manfaat kepada bola sepak tempatan, tetapi ia turut memberi impak kepada sukan-sukan lain menerusi platform penstrukturan baharu hak penyiaran.

“MFL akan cuba sedaya upaya untuk menjadi peneraju dalam industri sukan tempatan kita ini.

“MFL turut berharap model yang digunakan ini untuk mengagihkan hak-hak siaran terus kepada penyokong dan penonton akan menjadi satu dorongan yang bagus untuk kemajuan bola sepak dan sukan lain di Malaysia,” katanya.

MFL pada Khamis mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020.

Artikel Berkaitan:

Menerusi penstrukturan semula, Liga Malaysia bakal menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!