Dua pengusaha taska mengaku salah

Khai Hong (kanan) dan Norrahayu (kiri) didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti tidak didaftarkan.
Khai Hong (kanan) dan Norrahayu (kiri) didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti tidak didaftarkan.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Dua individu merupakan pemilik pusat jagaan kanak-kanak dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menjalankan aktiviti tidak didaftarkan Disember tahun lalu.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Anthony Tan Khai Hong, 38, dan Norrahayu Zainal Abidin, 35, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Khai Hong didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Jagaan Kanak-kanak AJ yang didapati telah menjalankan pengurusan pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawah Akta pusat Jagaan 1993 (Akta 506) pada jam 10.30 pagi di Jalan Taming Sari, Taman Mata Kucing, 6 Disember tahun lalu.

Manakala Norrahayu didapati telah menjalankan aktiviti pengurusan Taska Bijak Anakku yang tidak berdaftar di bawah akta sama lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Seri Aman 1, Taman Muzaffat Shah pada 13 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh masing-masing didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993 dan Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan JKM, Mohd. Firzami Idris bersama Pegawai Pendakwa Noor Hayati Zaman serta Noraswana Selamat, memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memerintah masing-masing membayar denda sebanyak RM3,500 setiap seorang atau empat bulan penjara sekiranya gagal bayar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!