Anak dan isteri Hairi Safwan bakal jalani pembedahan

Hairi Safwan
Hairi Safwan
A
A
A

PELAKON, Hairi Safwan berkongsi dua orang putera kesayangannya menghidap penyakit tonsil dan bakal menjalani pembedahan.

Hairi, 31, atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan berkataa, bukan sahaja anak-anak malah isterinya juga menghidap penyakit yang sama dan perlu menjalani pembedahan segera.

Anak sulungnya Arif Haikal, 4, menghidap tonsil tahap tiga dan anak kedua, Azad Hakim, 2, tahap dua manakala isterinya, Fara Adiza Azman, 29, tahap empat.

Dalam pada itu, Hairi berkata, kedua-dua anaknya disahkan menghidap penyakit berkenaan sekitar tahun lalu dan isterinya pula sejak beberapa tahun yang lalu.

“Kata doktor anak masih belum boleh operation lagi sebab faktor umur. Tetapi, tahun ini selepas merujuk semula di Hospital Besar Pulau Pinang, mereka dikelaskan pada kes segera dan boleh menjalani pembedahan.

“Cuma masih belum dapat tarikh lagi. Isnin depan baru kami ke hospital untuk pemeriksaan seterusnya. Selepas itu, baru doktor boleh tetapkan tarikh.

“Sekarang ini isteri sudah ada tarikh pembedahan iaitu pada 9 Oktober ini,” ujarnya yang ditermui pada pementasan teater Muzikal Superhero di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur (JKKN), semalam.

Artikel Berkaitan:

Hairi Safwan
Hairi Safwan

Kata Hairi lagi, disebabkan penyakit itu, kedua-dua anaknya mudah dijangkiti demam. Malah, anak keduanya sudah beberapa kali terkena sawan hingga membuatkan dirinya panik.

“Kasihan anak-anak, mereka juga susah nak makan. Sakit tonsil ini juga mudah buat mereka demam panas dan suhu naik dengan tinggi.

“Pernah beberapak kali berlaku, anak kedua demam sampai terkena sawan. Masa kali pertama kena saya memang takut dan panik.

"Bila melihat penyakit yang dialami anak-anak buat saya risau dan tak perlu nak tangguh lagi, lagi cepat lagi bagus,” akhirinya.

Disebabkan masalah kesihatan anak dan isteri, Hairi terpaksa menolak tawaran berlakon yang memerlukannya berada di luar kawasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!