Gangguan dron: Dua individu diberkas
LONDON - BRITAIN. Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki berumur 47 tahun dan wanita berusia 54 tahun selepas beberapa dron mencetuskan kekacauan selama tiga hari di Lapangan Terbang Gatwick di London.
Objek itu pertama kali dilihat berlegar-legar di sekitar hab udara kedua paling sibuk di Britain itu pada Rabu lalu hingga menimbulkan panik terhadap lebih 120,000 penumpang.
Menurut polis, dua tangkapan telah dibuat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap penggunaan dron untuk tujuan jenayah.
Insiden itu turut menyebabkan premis terbabit terpaksa menutup landasan sejak Rabu lalu, namun ia dijangka kembali beroperasi seperti biasa pada akhir minggu.
"Siasatan masih diteruskan dan pelbagai langkah telah diambil untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kami menggesa orang awam dan penumpang serta komuniti sekitar Gatwick supaya sentiasa berwaspada," kata jurucakap polis. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!