WARWICK - Seorang gadis dari Kenilworth, England sesuai digelar 'teman wanita dari neraka' selepas menculik dan mendera bekas pasangannya selama enam jam tanpa henti. Kathleen Phelan, 18, didakwa melakukan kekerasan melampau ke atas Matthew Butcher, 19, dalam serangan Ogos tahun lalu. Menurut Mahkamah Warwick Crown, gadis tersebut melakukan serangan itu dengan bantuan teman lelaki barunya, George Russell-Brookes (20) dan seorang rakan, Christopher Emery (19). Ketiga-tiga mereka memukul dan memaksa mangsa meminum air kencing. Mangsa turut dipaksa memakan muntah dan diikat seperti anjing peliharaan. Selepas disabit bersalah, Phelan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara. Russell-Brookes dan Emery masing-masing dijatuhi hukuman lima dan empat tahun penjara. - Agensi