Ayam pun kena saman!
PARIS - Gara-gara suara kokokan terlalu kuat, seekor ayam jantan digelar Maurice menjadi fokus dalam sebuah kes perbicaraan di Perancis semalam.
Pasangan pesara, Jean-Louis Biron dan Joelle Andrieux yang memiliki rumah percutian di desa Saint-Pierre-d'Oleron di Perancis mendakwa Maurice telah menyebabkan pencemaran bunyi.
Menurut mereka, masalah kokokan terlalu kuat itu telah bermula pada 2017.
Pemiliknya, Corinne Fesseau menegaskan ia adalah perilaku biasa ayam jantan.
Ayam jantan yang dianggap sebagai 'selebriti tempatan' itu mendapat sokongan pemilik ayam jantan lain yang turut berkumpul di luar mahkamah.
Bagaimanapun, Maurice dan plaintif tidak hadir ketika prosiding di bandar Rochefort tersebut.
Keputusan itu dijangka diumumkan pada September depan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!