Mangsa toksik bingung kerap sakit

Iza Rahman
Iza Rahman
A
A
A

PASIR GUDANG - Mangsa toksik di Pasir Gudang melahirkan kebimbangan terhadap kesihatan mereka terutama anak-anak yang sering mengalami gangguan kesihatan selepas insiden pencemaran pertama, Mac lalu.

Pengasas merangkap setiausaha Persatuan Kebajikan Mangsa-mangsa Toksik Pasir Gudang, Iza Rahman berkata, ada juga yang menjadi mangsa buat kali kedua semasa gelombang pencemaran Jun lalu.

"Kami bimbang dengan mangsa yang alami kesan jangka panjang. Masa akan datang kita tak tahu apa penyakit atau kesan pada kesihatan mereka. Ada yang dah kena pencemaran Sungai Kim Kim, kena lagi masa pencemaran baru-baru ini.

"Mangsa Sungai Kim Kim pun selalu sakit-sakit, jadi lebih sensitif pada udara kotor malah tak boleh aktif macam dulu. Mak ayah pun dah tak tahu nak buat apa apabila anak asyik sakit berulang kali," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau turut menyeru kerajaan segera menangani isu pencemaran di Pasir Gudang itu yang menjejaskan kesihatan penduduk.

"Jangan bagi muka, kerajaan perlu ambil tindakan tegas. Ini bukan soal duit tapi soal nyawa. Kami sebagai rakyat nak hidup sihat.

"Kerajaan perlu cari punca sampai dapat dan selesaikan masalah ini kalau tidak sila letak jawatan," katanya.

Menurutnya, persatuan itu diasaskan olehnya 7 April lalu selepas melihat nasib mangsa pencemaran Sungai Kim Kim ketika itu tidak terbela.

Artikel Berkaitan:

"Persatuan ini juga disertai mangsa pencemaran terbaru di Pasir Gudang, bulan lalu dan melalui persatuan, tuntutan berkaitan mangsa akan dibuat termasuk menuntut pihak bertanggungjawab menanggung kos rawatan perubatan yang tidak diketahui kesan jangka panjangnya," katanya..

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!