Selangor lancar inisiatif Solusi Pemantapan Generasi Unggul
SHAH ALAM - Ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik menjadi penggerak Kerajaan Selangor melancarkan inisiatif Solusi Pemantapan Generasi Unggul.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sekali gus menjadi suntikan semangat untuk pelajar meningkatkan prestasi akademik.
"Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor menyasarkan 10,000 pelajar khususnya dari kelompok B40 dibantu menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).
"Berdasarkan rekod peperiksaan, sejumlah 14,000 pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM berisiko gagal, sehubungan itu kita mencari solusi yang sesuai untuk membantu pelajar keluar dari risiko ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Solusi Pemantapan Generasi Unggul di kediaman rasminya di sini malam tadi.
Menurut Amirudin, pihaknya juga menambah
satu mata pelajaran dalam modul yang digunapakai menjadi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik.
"Sejumlah RM5.96 juta diperuntukkan menerusi Bisnes Amal Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi PTRS tahun ini.
"Hasrat kerajaan negeri mahukan pelajar dapat meningkatkan kualiti dengan kadar lulus dengan baik sekali gus memberi peluang pelajar mencipta masa hadapan lebih cerah,” katanya.
#SelangorlancarinisiatifSolusiPemantapanGenerasiUnggul SHAH ALAM - Ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik menjadi penggerak Kerajaan Selangor melancarkan inisiatif Solusi Pemantapan Generasi Unggul. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sekali gus menjadi suntikan semangat untuk pelajar meningkatkan prestasi akademik. "Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor menyasarkan 10,000 pelajar khususnya dari kelompok B40 dibantu menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). "Berdasarkan rekod peperiksaan, sejumlah 14,000 pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM berisiko gagal, sehubungan itu kita mencari solusi yang sesuai untuk membantu pelajar keluar dari risiko ini,” katanya. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIFF MOHD ZOKI Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/36134/EDISI/Selangor-KL/Selangor-lancar-inisiatif-Solusi-Pemantapan-Generasi-Unggul 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, July 6, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!