Orang Melayu tolak Bersatu - Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Seruan supaya orang Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malah kata Annuar, beliau yakin masyarakat Melayu di negara ini akan terus menolak Bersatu kerana parti itulah yang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu semata-mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu.

Menurutnya, orang Melayu juga berasa sangat tertipu dengan politik Bersatu yang menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto mereka semata-mata untuk mendapat undi tetapi langsung tidak menunaikan janji mereka.

“Bersatu juga meneruskan agenda 'divide & rule' dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan Bumiputera di sana," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melayu berpecah macam mana nak menang?

'Lebih baik Tun M, Bersatu sertai Pas-UMNO'

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menzahirkan kebimbangan penubuhan lebih banyak parti Melayu baharu di negara ini seterusnya mempelawa ahli UMNO menyertai Bersatu.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah berpecah, kita jadi lemah. Bercerai roboh, bersatu teguh tapi kita dapati ada yang mahu buka parti baharu lagi.

"Sudah jadi enam (parti). Tak lama lagi jadi 10 atau 100 parti. Satu parti ada 30 orang, nak menang macam mana?," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, penyatuan Melayu melalui dua wadah UMNO-Pas bakal membentuk gelombang besar yang akan membersihkan kotoran dan sampah yang ditinggalkan sekutu DAP termasuk Bersatu.

"Seelok-eloknya ahli Bersatu segera berhijrah meninggalkan DAP ke bahtera lebih besar, iaitu UMNO-Pas, dan sama-sama menyahut muafakat nasional yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!