Mesej tular jalan runtuh di Miri tidak benar

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Mesej yang tular di media sosial mengenai bahagian hadapan jalan dari Hospital Columbia ke stesen Petronas di Jalan Bulan Sabit, satu daripada jalan yang sibuk di bandar raya Miri, yang mengundang bahaya kerana akan runtuh adalah tidak benar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, mesej yang turut mengandungi audio yang mendakwa ‘jalan itu akan runtuh pada bila-bila masa’ disebabkan pembinaan bawah tanah untuk projek pembentungan adalah palsu selepas pemeriksaan di tapak projek dibuat pagi tadi.

“Pemeriksaan lanjut di tapak pembinaan mendapati sebenarnya kerja penerowongan belum bermula di lokasi tertentu seperti yang dinyatakan dalam mesej tular itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Chiew Yew berkata, kontraktor projek berkenaan telah membuat laporan polis hari ini selepas mesej dan audio palsu itu tersebar di media sosial.

“Kami berharap orang ramai bertenang dan sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!