Wan Rahim presiden baharu Kafa

Afandi (empat dari kanan) semasa membuat pengumuman keputusan Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan di Wisma Kafa di sini hari ini.
Afandi (empat dari kanan) semasa membuat pengumuman keputusan Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan di Wisma Kafa di sini hari ini.
A
A
A

PENANTIAN siapa pengganti Bibi Ramjani Ilias Khan berakhir apabila Wan Rahim Wan Abdullah diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dalam Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019-2023 yang diadakan hari ini.

Wan Rahim yang juga Presiden Amanah Kelantan pada pengundian awal memperoleh sebanyak 25 undi mendahului Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz dengan 20 undi.

Bagaimanapun, pengundian semula terpaksa dilakukan kerana tidak memenuhi kehendak perlembagaan persatuan yang memerlukan undian majoriti 2/3 untuk jawatan presiden.

Menerusi undian kedua, Wan Rahim memperoleh 28 undi dan Amril hanya mendapat 16 undi sekali gus memberi kemenangan kepada Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu.

Manakala untuk jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Datuk Seri Afandi Hamzah mengalahkan dua calon lain dengan 23 undi.

Untuk jawatan naib presiden pula dimenangi oleh bekas ADUN Bukit Tuku atau kini lebih dikenali sebagai Apam Putra, Datuk Saari Mat Hussain, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof Dr Zaliman Sauli dan ahli perniagaan, Datuk Rowi Dollah.

Manakala untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif pula dimenangi oleh Wan Rakemi Wan Zahari, Zakaria Mat, Ahmad Muzakir Hamid, Datuk Azman Ismail, Zahari Kechik, Mohammad Nuzulhad Muhamad Zain, Dr Hanafi Ismail, Zakri Mat Zain, Datuk Ir Saamin Fahmi Hassan, dan Mohamad Ausri Husin.

Proses pengundian di Wisma Kafa itu melibatkan 44 Persatuan Bola Sepak Jajahan dan berakhir jam 2 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!