'Penjinak' tersohor Itali maut diserang empat ekor harimau

Weber cedera parah selepas diserang empat ekor harimau semasa sedang melatih haiwan berkenaan untuk pertunjukan sarkas.
Weber cedera parah selepas diserang empat ekor harimau semasa sedang melatih haiwan berkenaan untuk pertunjukan sarkas.
A
A
A

ROM - Seorang penjinak harimau tersohor di Itali maut selepas diserang empat ekor haiwan itu semasa sedang melatih haiwan berkenaan untuk sebuah pertunjukan sarkas dalam satu insiden di Puglia, Rom, Itali pada Khamis.

Ettore Weber, 61, pada awalnya diserang oleh seekor harimau sebelum tiga ekor lagi haiwan itu mengganas dan turut menyerang mangsa.

Memetik laporan BBC, pertunjukan sarkas itu merupakan sebuah acara popular yang diadakan di selatan Itali khusus untuk pelancong.

Menurut laporan media tempatan, selama beberapa minit, kumpulan harimau berkenaan dilihat ‘bermain-main’ dengan jasad Weber yang terkulai lemah di dalam kandang sebelum kakitangan sarkas boleh mengambil tindakan.

Weber dilaporkan meninggal dunia disebabkan luka parah di tubuhnya.

Terdahulu, Weber yang bekerja di Orfei Circus diketahui umum sebagai seorang pelatih sarkas yang berpengalaman dan terkenal di Itali.

Selepas kejadian, semua harimau itu dipindahkan ke sebuah taman safari dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung serangan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!