Pengunjung pasar maut terkena bedilan mortar
KABUL - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera selepas sebuah pasar yang sesak dan sibuk di utara Afghanistan terkena bedilan mortar, kata pegawai hari ini.
Jurucakap tentera Afghanistan, Hanif Rezaee berkata, wanita dan kanak-kanak antara yang maut dalam kejadian awal pagi semalam.
Mangsa yang kritikal telah diterbangkan ke hospital di Mazar-i-Sharif di daerah Balkh.
Tentera menuduh serangan dilakukan pejuang Taliban, namun kumpulan terbabit enggan mengulas lanjut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!