Redah 126km demi Karnival Kerjaya

Zairiasdi beramah mesra bersama pencari kerja yang hadir pada Karnival Kerjaya Jobs Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Dewan MPK di sini hari ini.
Zairiasdi beramah mesra bersama pencari kerja yang hadir pada Karnival Kerjaya Jobs Malaysia Peringkat Negeri Pahang di Dewan MPK di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Ribuan pencari kerja membanjiri Dewan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi merebut tawaran dan peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Karnival Kerjaya Jobs Malaysia Peringkat Negeri Pahang di sini hari ini.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi sehingga jam 5 petang itu turut menyediakan proses temuduga terbuka membabitkan 30 majikan yang menerima sambutan hangat daripada khususnya golongan belia.

Bagi Shafik Manaf, 26 sanggup meredah sejauh kira-kira 126km dengan hanya menunggang motosikal secara bersendirian kerana tidak mahu melepaskan peluang menghantar permohonan kerja.

"Saya sangat teruja bila mengetahui ada karnival kerjaya dan terus mengambil keputusan untuk datang walaupun jauh dan hanya datang seorang namun demi kerjaya saya sanggup datang.

"Saingan untuk mendapatkan pekerjaan agak tinggi jadi saya hantar permohonan lebih kurang lima syarikat di ekspo ini dan berharap permohonan itu akan diterima serta memulakan pekerjaan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada karnival tersebut di sini hari ini.

Shafik Manaf
Shafik Manaf

Dalam pada itu, Hanun Ibrahim, 23, dari Pekan mendapat tahu mengenai karnival itu apabila dimaklumkan oleh bapanya menerusi aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.

Lulusan Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu mendapatkan maklumat lanjut di laman web sebelum ke ekspo berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Jika boleh, saya ingin bekerja dalam bidang hubungan antarabangsa. Sebelum ini saya hanya bekerja kontrak di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sehingga Februari lalu.

"Saya seronok kerana di sini semua majikan akan mengadakan temuduga dan peluang cerah untuk dapat kerja.

Sementara itu, Pengurus Pusat Job Malaysia Pahang, Zairiasdi Mohd Zainuddin, berkata, sebanyak 1,500 jawatan kosong ditawarkan oleh 30 majikan sempena karnival tersebut.

Menurutnya, pihaknya bersyukur kerana karnival tersebut mendapat sambutan dan yakin sasaran untuk mendapatkan 2,000 pencari kerja akan tercapai.

"Apa yang membanggakan mereka sudah beratur seawal jam 8 pagi untuk menyertai karnival ini dan pada jam 12 tengahari tadi, kita sudah mencapai 815 pencari kerja.

“Ini menunjukkan bahawa keperluan program seumpama ini diperlukan oleh pencari kerja dan kita akan terus melaksanakannya secara berterusan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!